Saturday 22 November 2014

Gambar Yang Sempat Diambil

 Diambil pada 20hb.November 2014

Masa : 2.30 pagi

Snep dalam kereta

Lokasi : Tepi Jalan

Friday 28 February 2014

Berita Gembira

Sebuah buku kecil ( saiz poket 4'x6' ) bertajuk "Ayat Ruqyah Syar'iyah" alhamdulillah telah saya jilidkan menjadi sebuah buku yang amat baik dimiliki oleh semua orang.Senang dibawa kemana -mana dan mudah dibaca untuk dijadikan amalan ( Wirid ) harian.Ayat-ayat didalam buku ini adalah ayat al-quran yang saya gunakan dalam rawatan spritual.



 Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini ?
Buku ini boleh digunakan juga sebagai ayat pengesan keberadaan jin dalam badan kita.Sekiranya badan kita dihuni oleh jin samada baru ataupun sudah  lama maka kita akan merasakan kelainan jika kita membacanya,Perkara yang ketara akan berlaku pada sesiapa yang membacanya jika memang badannya dihuni oleh makhluk asing itu ialah ia akan merasa pening kepala...tekak rasa loya ...badan mulai panas....

Apa Perlu Dilakukan Jika Jadi Begitu ? 
Jangan takut dan gusar...teruskan membaca perlahan lahan...jangan berhenti...Insya-Allah jin yang berada dalam badan kita akan keluar akhirnya.Yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T

Jika Tak Ada Jin Dalam Badan Boleh Baca Ker ?
Itu lebih baik dan amat digalakkan....boleh dijadikan sebagai pendinding badan dan dapat pahala lagi. 

Bagaimana Nak Dapatkan Buku Nie....
Senang jer....hubungi saya terlebih dahulu melalui SMS ( Jangan telepon ) di no.019-3819298.Tulis nama anda dan alamat, Insya -Allah saya akan hubungi anda kembali dan terangkan caranya.  

Ingatlah......
Mencegah lebih baik dari berubat

Tuesday 29 October 2013

Mengenali Bomoh







 

MENGENALI BOMOH

Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya,dan mengambil jalan mudah dan ingin cepat sembuh dari penyakit yang dihadapi. Oleh itu mereka mudah di tipu oleh lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Akhirnya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang beratus ribu ringgit malah ada juga yang terkena puluhan ribu ringgit dibayar kepada bomoh tersebut.Lebih malang lagi penyakit yang dirawat tidak juga sembuh.
Sebagai panduan diperturunkan serba ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari perkara-perkara berikut, antaranya :

( A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
1.  Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
2. Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning, kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya beliau bersahabat dengan Jin Islam.
3. Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau berketayap.
4. Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa, Sumatera dan sebagainya

( B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya " Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "

( C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai cara antaranya :-
1.  Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan perlu di hadapannya.
2. Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap.
3. Mereka juga kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik dan membuat ramalan.
4. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.

( D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
 
Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan syarat-syarat berikut, antaranya :-
1.  Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan dan   Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat


 


"TIADA JALAN MUDAH DALAM RAWATAN “

Begitulah keadaan manusia zaman ni...sering lupa pada Allah S.WT...apabila hendak melakukan sesuatu perkara maka kehendaknyalah yang didahulukan .. Allah S.W.T jatuh no.2..maka tak hairanlah ramai yang kena tipu,tertipu dan menipu..lebih-lebih lagi dalam isu menangani penyakit dan rawatan…suka ambil mudah,bersikap remeh temeh dan sering beranggapan perkara biasa…sombong dan ego…apabila otak telah tepu maka fikiranpun menjadi buntu lupa segala sesuatu itu datangnya dari Allah S.W.T….Ketahuilah…” TIADA JALAN MUDAH DALAM RAWATAN “